hai hai semua ! apa khabar meh ? hehe , Cik Gendut alhamdulillah sihat . makin "membesar" meh saya . haha ,
first of all , nak minta maaf yang amat amat la ye semua readers Cik Gendut . bukan apa la kan , dah Cik Gendut ni budak pemalas ya ampunn sangat untuk update ini blog . haih , dah lama bebenor kan Cik Gendut tak update ? paling last tadi Cik Gendut tengok , tahun 2011 ... ha ?! 2011 ? oh my Allah ! time tu Cik Gendut baru je nak masuk form 1 .. sekarang ni Cik Gendut dah form 4 !!
nampak bebenor la dah bersarang tikus , lipas , labah labah , berdebu debu , dah berhabuk 100 inchi dah blog tuan hamba nii .. haih Cik Gendut Cik Gendut .. pemalas nya lahai ~
alang alang dah buka nii , yok la kita buat "gotong royong" siket bersihkan segala jenis kekotoran habuk debu segala macam tu eh ? haha ,
hurm , actually Cik Gendut tarak cite pun nak share petang nii . saja je menjengah blog . hamek kau ! Cik Gendut sendiri terkejut tengok blog . haha ,
okaylah .. tahun 2015 yang baru je sebulan lebih sikit menjengah kita kan ? sekarang ni macam Cik Gendut cakap , Cik Gendut dah form 4 , 16 tahun sudahh .. oh my Allah ! aku dah besaq ke ? tak sangka mehh ... haha , perangai cam bebudak je lagi .. serious ni ! Cik Gendut tak tipu .. Cik Gendut rasa macam Cik Gendut ni still bebudak yang tengah main aci kejar aci kawan tak kawan je . haha ,
*Cik Gendut tak la macam budak kat atas tuu eh ?*
*hiasan semata mata.tiada kena mengena dgn yg masih hidup atau telah kembali ke Rahmatullah*
mau tak "tenat" tahun ni . dah la subjek yang Cik Gendut kena belajar , bertambah kali kanda ... *berapa kali wa tarak tau la . malas ah mau pikir* pastu bukan tu je , nanti dah kena buat projek tu la , projek ni .. aihh , banyak bangat sih .. hurm , bertambah busy Cik Gendut dibuatnya .. penat ! yes ! penat ! tak dapat dinafikan aihh .
ha ! kan Cik Gendut dah cakap dah . Cik Gendut ni penat .. mau tak nya . haih , ni nasib baik la kakak Cik Gendut ada kat rumah .. so , apa apa hal Cik Gendut boleh "buli" dia kan ? haha , tapi ada je masa masa yang dia tu tak boleh "pakai" . mengamok sakan la Cik Gendut time tuu . haih , sabar je la wahai incik hati ~
hurm , Cik Gendut mengharap sangat agar Cik Gendut dapat masuk Kolej Teknik Vokasional ERT Azizah . iyolah kan , Cik Gendut suka bangat sihh dengan masak memasak . Cik Gendut nak ambil kulinari . wah ! best bangat .... tapi malang ! tarak rezeki meh . panggilan pertama , Cik Gendut dah gagal . huhu , sedih bangat !
habis dikerahnya kakak untuk buat segala jenis surat permohonan dan surat rayuan , habis dikerahnya ibu untuk bawa segala jenis salinan sijil sijil wa untuk disahkan .. bukan berhenti setakat tu je , habis dikerahnya kakak again untuk emel kat sekolah sekolah teknik vokasional yang sediakan kulinari . tak berhenti situ je , habis dikerahnya kakak kakak terchenta untuk gi post kan segala macam surat menyurat ke sekolah sekolah berkaitan and lastly habis dikerahnya ibu abah gi KTV ERT Azizah untuk buat rayuan . huhu ,
tak lama lepas tu , Sekolah Teknik Besut bagi offer masuk sekolah mereka . cepat cepat la Cik Gendut tengok kursusnya .. ya Allah ! dia bagi Komputer and apa tah .. lahai ~ wa tau mau itu la . cepat cepat say NO kat pihak sekolah tu . sorry meh ! Cik Gendut tak minat bahagian lain . Cik Gendut minat kulinari . diulangi KULINARI !
last last , ibu cakap , "Tak pa la Mi . kalau dah tak ada rezeki , duduk la sekolah desa tu . nanti dekat U , ambil la kursus kulinari tu" .. Cik Gendut diam membisu jela . diam je . nak cakap apa kan .. dalam hati , sebenarnya masih mengharap .. hehe ,
okay la . jam pun dah tunjuk kol 7 malam . kena undur diri dulu . nak siap for maghrib pula kan ? okay , thanks sudi setia bersama diri ini .. cehhh .. haha , okay bye ! assalamualaikum !